Rawatan Refleksologi dan Urut | Pusat Rawatan Uswatun Hasanah
APAKAH REFLEKSOLOGI?
Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan
tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan
memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh
melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah
tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini.

Titik Refleksologi Tapak Tangan
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26
tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.
Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang,
sendi dan ligamen kaki, mampu memberi
komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut,tegang pada bahu
dan masalah buang air besar.
Menurut kajian pakar perubatan moden, urutan atau rangsangan
tertentu pada urat-urat saraf yang sebanyak 7200 di telapak kaki, boleh
merangsang pengeluaran Endorphins (sejenis kimia yang dikeluarkan oleh tubuh
badan secara semulajadi untuk mengurangkan kesakitan – natural painkillers),
melancarkan peredaran darah pada seluruh organ-organ tubuh badan yang lain dan
seterusnya menyembuhkan penyakit, baik yang baru atau lama dideritai, baik yang
ringan atau yang kronis, secara berperingkat-peringkat.
Sakit yang teruk itu berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf
di antara lumbar 4 & 5 yang sudah tersepit dan kesakitan itu boleh
dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan
penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus
penyebab/punca kepada penyakit. Apabila
punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit
sudah pun sembuh.
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada
pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan
organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan
otak
BAGAIMANAKAH CARA KERJA REFLEKSOLOGI?
Sesetengah ahli refleksologi mendakwa bahawa manipulasi ke
atas kaki akan mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul dalam tisu dan
membuang kristal kalsium yang berakumulasi di penghujung saraf kaki. Keadaaan
ini akan melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian badan yang lain.
Ada juga yang berpendapat bahawa tekanan yang dikenakan ke
atas kaki boleh merangsang pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang
terdapat di otak untuk menghalang kesakitan.
Pendapat lain mengatakan bahawa kaedah ini memulakan proses
yang membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran
darah dan memperbaiki sistem peredaran darah.
MENGAPAKAH PEREDARAN DARAH PENTING?

Akupunktur dan sistem peredaran darah
Setiap organ tubuh memerlukan darah untuk berfungsi dengan
sempurna.Darah dibekalkan ke organ dengan zat-zat,Oksigen,Hormon,Antibodi dan
ia juga membawa bahan kumuhan yang tidak diperlukan.
Apabila organ dalam tubuh rosak atau kurang berfungsi,ia
boleh diperbaiki dengan cara memperbaiki semula peredaran darah.Apabila
peredaran darah semakin sempurna maka lebih cepat ia akan sembuh.
Apabila seseorang merasa sakit di bahagian organ yang
dirawat atau terdapat pembengkak,ini bermakna bahagian tersebut telah membentuk
kristal asid urik dan pengumpulan bahan-bahan toksik menyebabkan peredaran
darah terganggu.
Oleh itu bahagian tersebut terasa sakit dan kurang
selesa.Jika peredaran darah lancar bermakna fenomena kesakitan tidak hadir pada
bahagian yang diurut.Mencegah lebih baik dan lebih berkesan ke arah rawatan
semulajadi.Rawatan semulajadi yang terbaik adalah urutan refleksologi dan boleh
dilengkapkan dengan rawatan urut tradisional.
Bagaimana toksin terjadi?
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet,
perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
- Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan
televisyen.
- Merokok
- Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
- Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh
berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.
REFLEKSOLOGI DAN ALIRAN DARAH DALAM TUBUH MANUSIA
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki
kita.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam
tubuh setiap masa. Bila jantung
menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh
tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat
makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.
Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil
membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk
dihantar ke organ-organ pembuangan. Semua
kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air
kencing. Bila pengaliran darah ini
lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan
sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh (
arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan
terganggu. Biasanya proses ini berlaku
dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah
dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya
penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".

Arteri tersumbat dikenali sebagai 'arteriosclerosis'
Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ
kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka
seseorang itu akan sakit. Begitu juga
bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran
atau toksid tidak akan terbuang. Bila
tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan
mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu
fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah
penyakit. Penyakit terjadinya
penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah
"varicosevena".

Vena darah tersumbat atau dikenali sebagai 'varicose vein'
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan
kotoran-kotoran atau sumbatan pada
saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna
ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.
Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup
baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan
dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran
yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran
darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun
sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang
seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan
APAKAH KELEBIHAN REFLEKSOLOGI?
- Melancarkan pengaliran darah
- Meningkatkan daya tahan individu
- Mengurangkan risiko tulang reput
- Menyeimbangkan kedudukan badan
- Melancarkan pergerakan
- Menguatkan otot kaki
- Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
- Menguatkan tulang dan pinggul
- Mengurangkan risiko sakit sendi
- Mengurangkan rasa letih
- Mengelak risiko sembelit
- Mengurangkan masalah usus
- Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
RAWATAN URUT
Rawatan urut seluruh badan termasuklah otot, saraf dan urat dijamin dapat merawat:
- Terseliuh/Tergeliat/Terpelecok
- Sakit atau lenguh badan
- Pembetulan kedudukan tulang
- Pulih lemah tenaga batin
- Urut kecederaan kemalangan
Pusat Rawatan Uswatun Hasanah memberikan perkhidmatan tukang urut profesional (Sijil Kemahiran Malaysia) dalam bidang urut dan refleksologi.
Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.
Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan.
Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh.
Mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan.
Merehatkan dan menghilangkan keletihan.
“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi
Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan
segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”
REFLEKSOLOGI PAKEJ A : 1 JAM =
RM35
REFLEKSOLOGI PAKEJ B : 1/2 JAM = RM25
URUT TRADISIONAL
BADAN
1 JAM = RM50
1/2 JAM = RM30
URUT MASALAH KELAKIAN
RM100
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.
Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan
tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan
memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh
melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah
tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini.
![]() |
Titik Refleksologi Tapak Tangan |
Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26
tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.
Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang,
sendi dan ligamen kaki, mampu memberi
komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut,tegang pada bahu
dan masalah buang air besar.
Menurut kajian pakar perubatan moden, urutan atau rangsangan
tertentu pada urat-urat saraf yang sebanyak 7200 di telapak kaki, boleh
merangsang pengeluaran Endorphins (sejenis kimia yang dikeluarkan oleh tubuh
badan secara semulajadi untuk mengurangkan kesakitan – natural painkillers),
melancarkan peredaran darah pada seluruh organ-organ tubuh badan yang lain dan
seterusnya menyembuhkan penyakit, baik yang baru atau lama dideritai, baik yang
ringan atau yang kronis, secara berperingkat-peringkat.
Sakit yang teruk itu berlaku di bahagian pinggang, kesan dari saraf
di antara lumbar 4 & 5 yang sudah tersepit dan kesakitan itu boleh
dilegakan dengan melakukan urutan di tapak kaki.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan
penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus
penyebab/punca kepada penyakit. Apabila
punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit
sudah pun sembuh.
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada
pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan
organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan
otak
BAGAIMANAKAH CARA KERJA REFLEKSOLOGI?
Sesetengah ahli refleksologi mendakwa bahawa manipulasi ke
atas kaki akan mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul dalam tisu dan
membuang kristal kalsium yang berakumulasi di penghujung saraf kaki. Keadaaan
ini akan melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian badan yang lain.
Ada juga yang berpendapat bahawa tekanan yang dikenakan ke
atas kaki boleh merangsang pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang
terdapat di otak untuk menghalang kesakitan.
Pendapat lain mengatakan bahawa kaedah ini memulakan proses
yang membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran
darah dan memperbaiki sistem peredaran darah.
MENGAPAKAH PEREDARAN DARAH PENTING?
![]() |
Akupunktur dan sistem peredaran darah |
Setiap organ tubuh memerlukan darah untuk berfungsi dengan
sempurna.Darah dibekalkan ke organ dengan zat-zat,Oksigen,Hormon,Antibodi dan
ia juga membawa bahan kumuhan yang tidak diperlukan.
Apabila organ dalam tubuh rosak atau kurang berfungsi,ia
boleh diperbaiki dengan cara memperbaiki semula peredaran darah.Apabila
peredaran darah semakin sempurna maka lebih cepat ia akan sembuh.
Apabila seseorang merasa sakit di bahagian organ yang
dirawat atau terdapat pembengkak,ini bermakna bahagian tersebut telah membentuk
kristal asid urik dan pengumpulan bahan-bahan toksik menyebabkan peredaran
darah terganggu.
Oleh itu bahagian tersebut terasa sakit dan kurang
selesa.Jika peredaran darah lancar bermakna fenomena kesakitan tidak hadir pada
bahagian yang diurut.Mencegah lebih baik dan lebih berkesan ke arah rawatan
semulajadi.Rawatan semulajadi yang terbaik adalah urutan refleksologi dan boleh
dilengkapkan dengan rawatan urut tradisional.
Bagaimana toksin terjadi?
- Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
- Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
- Merokok
- Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
- Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh
berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.
REFLEKSOLOGI DAN ALIRAN DARAH DALAM TUBUH MANUSIA
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki
kita.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam
tubuh setiap masa. Bila jantung
menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh
tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat
makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.
Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil
membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk
dihantar ke organ-organ pembuangan. Semua
kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air
kencing. Bila pengaliran darah ini
lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal. Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan
sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh (
arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan
terganggu. Biasanya proses ini berlaku
dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah
dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya
penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".
![]() |
Arteri tersumbat dikenali sebagai 'arteriosclerosis' |
Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ
kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu. Apabila fungsi organ terganggu, maka
seseorang itu akan sakit. Begitu juga
bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran
atau toksid tidak akan terbuang. Bila
tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan
mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu
fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah
penyakit. Penyakit terjadinya
penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah
"varicosevena".
![]() |
Vena darah tersumbat atau dikenali sebagai 'varicose vein' |
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan
kotoran-kotoran atau sumbatan pada
saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna
ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.
Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup
baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan
dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran
yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran
darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun
sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang
seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan
APAKAH KELEBIHAN REFLEKSOLOGI?
- Melancarkan pengaliran darah
- Meningkatkan daya tahan individu
- Mengurangkan risiko tulang reput
- Menyeimbangkan kedudukan badan
- Melancarkan pergerakan
- Menguatkan otot kaki
- Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
- Menguatkan tulang dan pinggul
- Mengurangkan risiko sakit sendi
- Mengurangkan rasa letih
- Mengelak risiko sembelit
- Mengurangkan masalah usus
- Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
RAWATAN URUT
Rawatan urut seluruh badan termasuklah otot, saraf dan urat dijamin dapat merawat:
- Terseliuh/Tergeliat/Terpelecok
- Sakit atau lenguh badan
- Pembetulan kedudukan tulang
- Pulih lemah tenaga batin
- Urut kecederaan kemalangan
Pusat Rawatan Uswatun Hasanah memberikan perkhidmatan tukang urut profesional (Sijil Kemahiran Malaysia) dalam bidang urut dan refleksologi.
Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.
Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan.
Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh.
Mengurangkan sakit pinggang dan meningkatkan kelenturan.
Merehatkan dan menghilangkan keletihan.
“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”
REFLEKSOLOGI PAKEJ A : 1 JAM = RM35
REFLEKSOLOGI PAKEJ B : 1/2 JAM = RM25
URUT TRADISIONAL
BADAN
1 JAM = RM50
1/2 JAM = RM30
1 JAM = RM50
1/2 JAM = RM30
URUT MASALAH KELAKIAN
RM100ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين
salam. kl selangor xde cawangan ke
ReplyDeleteArea ni tok wasap lok 0143265698
ReplyDelete