Rawatan Akupunktur - PUSAT RAWATAN USWATUN HASANAH

Rawatan Akupunktur | Pusat Rawatan Uswatun Hasanah
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

titik akupunktur
Peta titik akupunktur

Apakah itu akupunktur? 

Akupunktur adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan amat berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa mengunakan sebarang dadah atau racun.

Jenis-jenis akupunktur:

i) Akupuntur Klassik ( Menggunakan Jarum-Jarum Halus )
ii) Akupuntur Eletrik ( Menggunakan Stimulaor Letrik Voltage Rendah )
iii) Akupuntur Elektronik ( Mengggunakan alat-alat elektronik kecil )
iv) Akupuntur Bekam Darah ( Acu-Bekam Mengeluarkan Darah Kotor )
v) Akupuntur Bekam Angin ( Acu-Bekam Sedut Angin Keluar Dari Badan)
vi) Akupuntur Mosibusi ( Akupuntur menghangatkan pada titik tertentu)
vii) Akupuntur Kepala ( Scalp Acupuncture )
viii) Akupuntur Telinga ( Auricular Acupuncture )
ix) Akupuntur Mata ( Eye Acupuncture / Iridology )
x) Akupuntur Kaki ( Foot Acupuncture / Reflexology )
xi) Akupuntur Urut ( Acupressure / Shiatu / Massage, Reiki )
xii) Akupuntur Homeopati ( Integrated Homeopathic & Acupuncture - Homeopuncture ), dll

jenis jarum akupunktur
Jenis jarum akupunktur

APAKAH TUSUKAN JARUM AKUPUNTUR SAKIT?

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur dimana-mana bahagian badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Jarum tersebut diletakkan dibahagian lapisan atas kulit sahaja diantara 1 ‘cun’ hingga 2 ‘cun’ atau 0.5cm hingga 1 cm sahaja. Kalau pun sakit, ianya bagai digigit semut pada tusukan pertama sahaja.



APAKAH JARUM AKUPUNKTUR BAHAYA?

Jarum akupuntur moden telah datang dalam keadaan siap dalam packing yang telah disuci-hama atau sterile. Setiap pengamal akupuntur sudah pasti pegang jarum tersebut terlebih dahulu sebelum menusujkan kepada badan pesakit. Oleh itu jika ada bakteria atau hama tentu doktor dahulu yang dijangkitinya . Hal ini sama sekali tidak diingini oleh setiap doktor.Anda tidak perlu khuatir setiap jarum akupuntur adalah bersih dan selamat.


 

APAKAH JARUM AKUPUNTUR AKAN MEREBAKNYA AIDS?

Belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merenbak melalui jarum akupuntur.AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, yang diguna pakai oleh penagih dadah, mereka bergilir-gilir menggunakan jarum yang sama dan menyuntik lebih dari berpuloh-puloh kali jarum yang sama, tanpa bersih, tanpa rebus atau tanpa di masukkan kedalam autoclave.


 

APA PERBEZAAN ANTARA JARUM BIASA DENGAN JARUM AKUPUNTUR?

Jarum biasa mempunyai ukuran badan yang besar dan keras. Didalammnya berongga untuk mengalirkan ubat-ubat sewaktu melakukan sesuatu suntikan. Suntikan dengan jarum-jarum ini mendatangkan kesakitan 80 - 90 %Sementara Jarum Akupuntur, halus sebesar rambut yang diperbuat daripada logam khas bermagnet, tidak ada lubang, tidak berkarat dan tidak boleh patah. Sakit pada suntikan jarum akupuntur hanya 5 % sahaja.Bagi orang-orang yang takut pada jarum atau orang-orang sensitif, kesakitan boleh mencapai 20 % Boleh dikatakan 80 % pesakit menyatakan tidak mengalami apa-apa kesakitan.



APA YANG DAPAT DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR? 

Sebenarnya banyak penyakit dapat dimanafatkan oleh pesakit melalui rawatan akupuntur. Badan Kesihatan Dunia, WHO telah menggariskan penyakit-penyakit yang disenaraikan disini adalah baik untuk rawatan akupuntur :

rawatan akupunktur
Senarai penyakit yang mampu disembuhkan dengan menggunakan rawatan akupunktur



SISTEM PERNAFASAN GANGGUAN MATA

  1. Resdung / Sinusitis Sakit Mata Awal / conjunctivitis
  2. Selsema / Rhinitis Radangan Retina / retinitis
  3. Selsema Berair Myopia Pada kanak-Kanak
  4. Tonsilitis Katarat

GANGGUAN PENCERNAAN GANGGUAN MULUT

  1. Spasm pada esophagus Sakit Gigi
  2. Tersedu / hiccough Sakit Gusi
  3. Gastroptosis Sakit Halkum
  4. Gastrik
  5. Duodenal Ulcer, Colitis SISTEM PERNAFASAN
  6. Sembelit, Cirit Birit Batuk Bronkitis
  7. Paralysis Usus Asma Bronkial


NEUROLOGICAL AND MUSCULO-SKELETAL DISORDER

( Rawatan Yang Dianggap Terbaik Pada Akupuntur )

  1. Sakit Kepala dan Migrin
  2. Sakit Urat Saraf Muka atau kepala
  3. Lumpuh Sebelah Muka / Bell Palsy
  4. Kesan dari Strok / Lumpuh
  5. Penyakit Meniere’s
  6.  
  7. Masalah Kencing Kerap atau Tidak boleh kencing
  8. Frozen Shoulder atau Tennis Elbow
  9. Sakit Belikat / Sakit Bahagian pinggang
  10. Sakit Kerangka Punggong
  11. Sakit Sendi Tulang
Titik akupunktur badan
Titik akupunktur muka dan badan




FUNGSI AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi didalam badan . Ia dilakukan dengan memasukkan , menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur . Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran didalam badan . Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian . Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .


Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian . Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang bergabung , meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak didalam paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan , minda dan semangat . Dalam sains moden , kesihatan ialah pergerakan elektron . Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri . Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni . Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung , pergerakan bioelektron . Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan .


Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang . Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit . Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima , lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal . Pada tahap ini , keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya .


  • ·            Merangsang atau mengaktifkan saraf.
  • ·         Menstabilkan pengaliran darah.
  • ·         Menormalkan tekanan darah.
  • ·         Merangsang tenaga Chi.
  • ·         Mengatasi pelbagai penyakit.
  • ·         Tidak ada kesan sampingan & untuk semua jenis golongan.


AKUPUNKTUR TANPA JARUM

Ya ada , yang paling umum , akupunktur yang tidak menggunakan jarum adalah auricular therapy dimana rangsangan elektrik akupunktur dikenakan pada titik-titik tertentu di telinga .Telinga adalah sistem mikro untuk seluruh badan dengan lebih 200 titik akupunktur wujud untuk mengdiognesis dan rawatan .



PERBEZAAN AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit , mengenalpasti patogen dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman , bakteria , ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam salur darah . 


Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China , ia menggunakan akupunktur untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi , darah , kahak dan cairan badan . Bagi doktor perubatan barat pula , ia memeriksa pesakit dan membuat diagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur ianya daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak , bentuknya dan pergerakannya . Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka , kulit , kuku dan mata . Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah , tidak berfungsi atau sesak . Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.


Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula , akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik . Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .Akunpunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . 


Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang . Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta . Dalam perubatan barat , Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi . Dalam perubatan timur , Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .



FUNGSI 'Qi'

Lima fungsi utama Qi ialah ;

1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

12 meridian
Titik penting akupunktur untuk pengaktifan qi

Sila lihat video ilmiah ini untuk pengetahuan lanjut.





Di Pusat Rawatan Uswatun Hasanah, kami merupakan ahli dan merupakan antara pakar akupunktur yang terbaik dan dijamin memberi kepuasan dan rawatan yang berjaya dengan izin-Nya. 



Kami menawarkan pakej kesihatan, pakej kecantikan dan pakej kebatinan lelaki melalui rawatan akupunktur. 

Pakej kesihatan merangkumi segala jenis macam penyakit yang sesuai bergantung dengan permasalahan setelah dikonsultasi oleh Ustaz Ismail.

Pakej kecantikan merangkumi rawatan muka untuk meregangkan kulit agar nampak lebih awet muda dan juga termasuklah memancungkan hidung. Usah khuatir, rawatan ini tidak melanggar hukum syariat kerana bertujuan untuk memperbaiki diri dan bukan mengubah ciptaan-Nya.

Pakej kebatinan lelaki pula dijamin bahawa anda sendiri atau pasangan anda merasa perubahan positif yang amat ketara setelah anda mendapatkan rawatan akupunktur daripada kami.



“InsyaAllah, kita berusaha mengikut cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”



PAKEJ RAWATAN KEBATINAN KELAKIAN : RM100

PAKEJ KESIHATAN : RM50 (merawat semua jenis masalah kesihatan)

PAKEJ RAWATAN MUKA : RM50 (merangkumi untuk meregangkan kulit agar nampak lebih awet muda & memancungkan hidung)


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِين 


Kami di Pusat Rawatan Uswatun Hasanah yang berpusat di Kuching, Sarawak, Malaysia juga menawarkan perkhidmatan terbaik dan dijamin berkualiti yang dapat dilakukan secara dekat di pusat kami atau di tempat tinggal anda serta jarak jauh bergantung kepada permasalahan anda:



  1. Rawatan Bekam oleh pakar berpengalaman di Malaysia - Klik sini untuk lebih lanjut
  2. Rawatan Refleksologi dan Urut oleh pakar berilmu dan berikhtisas di Malaysia - Klik sini untuk lebih lanjut

Kami juga menawarkan pelbagai kursus dan ilmu untuk dipelajari. Dijamin menepati syariat Islam dan tiada yang bertentangan dengan syariat Islam.


Kami juga menyediakan solusi kepada pelbagai masalah seperti masalah rumah tanggakeluargahubunganmasalah jiwatempat kerjaperniagaan dan sebagainya.


Kami juga dapat merawat pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantungdarah tinggibarahkencing manisbuasirlemah tenaga batinresdungbatu karangketagihan dadah & rokok serta penyakit-penyakit misteri yang tiada diketahui puncanya seperti gangguan makhluk halusterkena buatan sihir dan sebagainya.


SCAN JARAK JAUH PERCUMA masalah dan penyakit anda sekarang!
Ustaz Ismail - 0134876166 | 01132363113


0 comments:

Post a Comment

(Setiap Hari 8.00 pagi - 12.00 malam)
No. 33, Kampung Gersik, 93050, Kuching, Sarawak.