Rawatan Bekam | Pusat Rawatan Uswatun Hasanah
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan
mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang
rosak.
Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit
sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang
baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel
tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan
masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan
:
Kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu
pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati
tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai
penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan
terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan,
murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan
KEHARUSAN berbekam kepada kita yang mana :
Ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada
penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah
tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan
tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan
berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya.
Insya'Allah
PS : *(Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan
sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat
berkesan.)*
Umum telah mengetahui bahawa berbekam mempunyai banyak
kelebihan dari segi kesihatan dan berupaya menyembuhkan berbagai jenis
penyakit. Ia juga merupakan sunnah kerana Rasulullah SAW sendiri mengamalkan
berbekam untuk menjaga kesihatan.
Nabi Muhammad saw adalah suri tauladan (Uswatun Hasanah)
yang terbaik bagi umat manusia. Beliau menerima wahyu dari Allah SWT melalui
perantara malaikat Jibril. Islam datang kemuka bumi dengan membawa rahmat dan
solusi bagi seluruh alam.
Mengenai kesihatan mengikut Islam pun sudah membahasnya iaitu perubatan Thibbun Nabawi iaitu perubatan dengan menggunakan kaedah nabawi antaranya adalah dengan bekam.
Mengenai kesihatan mengikut Islam pun sudah membahasnya iaitu perubatan Thibbun Nabawi iaitu perubatan dengan menggunakan kaedah nabawi antaranya adalah dengan bekam.
Hadis:
Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة
فانه دواء من اثنتين
وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan
pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala)
kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.” (HR
Thabroni)
Sabda Rasulullah SAW lagi:
ما مررت ليلة اسري
بي بملاء الا قالوا
يا محمد مر امتک
بالحجامة
“Aku tidak berjalan di hadapan
sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka (para
malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR Tarmizi
& Baihaqi)
Pada malam aku diisra'kan aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)" Ibnu Majah & Abi Daud.
Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah. Riwayat Ahmad dan Tabrani.
Abu Naim dalam bukunya At Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadis marfu', "hendaklah kamu berbekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit diantaranya adalah lepra (kusta).
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.
Antara kebaikan berbekam :
1. Boleh
membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki
aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan
kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat
penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat
ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain
dan sakit gigi.
6. Ketika
mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika
mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena
sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang
dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi
gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah /
kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika
mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat
mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat
mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat
mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal
) yang parah.
14. Bermanfaat
mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah
berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah
untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara
mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat
mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu
menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu
membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem
perkumuhan.
18. Membantu
memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan
urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu
mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan
darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu
meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit
menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu
menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan
penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah
bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir
gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :
Migrain, Sakit Pada Kepala,Sinusitis/Alergic,Masalah Pada
Mata,Kolestrol Tinggi,Masalah Angin,Masalah Sakit Gigi,Masalah Asthma/lelah dan
paru paru,Batuk,Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah
Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir,Masalah Kaki Kebas,Sakit
Tumit,Masalah Sakit Jantung,Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada
Bahu,Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak,Lemah
Tenaga Batin,Stroke, Masalah Buah Pinggang,SIHIR dan lain lain masalah
penyakit.
“InsyaAllah, kita berusaha mengikut
cara sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa diberi kesembuhan kerana Allah yang
menyembuhkan segala penyakit, hanya cara Nabi yang mendapat kejayaan ”
PAKEJ A : 5
POIN BEKAM = RM30
PAKEJ B : 11 POIN BEKAM = RM50
PAKEJ C : 20 POIN BEKAM = RM75
PAKEJ B : 11 POIN BEKAM = RM50
PAKEJ C : 20 POIN BEKAM = RM75
Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku
ReplyDeleteWow, awesome article!
ReplyDeleteBlogging is the new poetry. I find it wonderful and amazing in many ways.
ReplyDeleteI certainly agree to some points that you have discussed on this post. I appreciate that you have shared some reliable tips on this review.
ReplyDeleteAfter looking at a few of the blog articles on your site, I seriously appreciate your way of writing it. I saved as a favorite it to my bookmark site list and will be checking back in the near future.
ReplyDeleteI don’t know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time. Thanks a million for sharing this article.
ReplyDeleteGreat article, Thanks for your great information, the content is quiet interesting. I will be waiting for your next post.
ReplyDeleteVery great post. I simply stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your weblog posts. After all I’ll be subscribing on your feed and I am hoping you write again very soon!
ReplyDeleteAwesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share
ReplyDeleteYoure so cool! I dont suppose Ive read anything like this before. So nice to find somebody with some original thoughts on this subject. realy thank you for starting this up.
ReplyDeletecara menghilangkan bengkak pada dahi
CASINO VEGAS CLUB - JTG Hub
ReplyDeleteCASINO VEGAS CLUB. 사천 출장샵 5 E. 용인 출장안마 M. JY. 9. LESAN. 9. LESAN. 구리 출장안마 9. M. JY. 9. 강릉 출장안마 D. 9. 청주 출장샵 LESAN.
Wynn Slots for Android and iOS - Wooricasinos
ReplyDeleteA free https://febcasino.com/review/merit-casino/ app for slot machines from herzamanindir WRI Holdings Limited that lets you play the popular games, such as free video slots, https://sol.edu.kg/ table games and wooricasinos.info live casino